Isnin ni aku ambil cuti sehari sebab nak buat wiring rumah. Walaupun wireman developer dah tambah fius, tetapi penambahan wiring untuk lampu dan kipas kena buat sendiri. Disebabkan ada tambahan ruang tamu, jadi banyak wiring yang perlu dibuat.
Agak sukar nak buat wiring di ruang tamu tambahan ini sebab terpisah dengan dinding di atas siling. Jadi kena buka atap genting dan langkau dinding. Tengah-tengah kusyuk buat wiring, tak sedar hujan turun, jadi satu kerja pulak kena mop sebab air hujan masuk. Susah buat wiring masa musim hujan ni.
Pemasangan Elektrik title=Suis Perantaraan (Intermediate Switch) Jenis 1 (Type 1) style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQAu_7CdP6fo9Rpt_ioXH4AdigxCpRGvFrdMNX-b03KYaXW-lSW8573_pugf8o3qCxf9hA&usqp=CAU'; />
Bumbung pula amat rendah, tak boleh nak berdiri. Terpaksa merangkak. Kaki pun lenguh-lenguh. Walaupun hari hujan tetapi rasa macam dalam sauna. Berpeluh macam lepas workout.
Tips Mudah Pemasangan Saklar Wifi Secara Benar Dan Aman
Untuk rumah ni kecuali ruang tamu tambahan, aku pakai lampu panjang LED mengantikan lampu pendaflour. Disebabkan harga lampu LED sudah hampir sama dengan lampu pendaflour jadi aku pilih lampu LED sebab lebih jimat elektrik. Harga satu set boleh dapat bawah RM15. Mula-mula survey di MR DIY harga dapat dalam RM24. Tetapi bila pergi kedai peralatan elektrik yang biasa aku pergi, diorang jual RM13.50 jer. Tapi 'casing' dia macam lampu pendaflour biasa. Nak pasang kena cabut 'casing' dulu. Kalau Mr DIY pakai klip saja.
Untuk ruang tamu, atas permintaan orang rumah, aku pasang lampu downlight. Pakai siling lepar simen, bukan kapur. Jadi kurang cantik bila guna lampu downlight ni. Nak pasang pun agak sukar sebab siling ni keras dibandingkan dengan siling kapur. Drill aku pulak dah lama rosak sejak tenggelam banjir 2013. Terpaksa buat cara manual. Macam-macam cara aku cuba, tapi yang paling senang aku tebuk lubang guna screwdrive sekiling bulatan kemudian guna pisau untuk potong. Ada jugak yang terpecah-pecah tetapi boleh cover dengan cat nanti. Nak buat macam mana, nak jimat kos.
Sambungkan wayar Hidup (merah) ke suis dan wayar Neutral (hitam) ke sambungan neutral lampu. Sambungan Hidup (Live) lampu disambungkan ke suis. Biasa guna wayar hidup yang lain dari merah. Untuk wayat Bumi (hijau), sambungkan ke badan lampu.
Cara Pasang Lampu & Wiring Di Tempat Baru.| Chef Hairul Hissam
Sama seperti 1 suis, 1 lampu, untuk sambungan ini, wayar hidup L1 dan L2 disambungkan terus. Satu wayar hidup dari salah satu lampu L1 atau pun L2 disambungkan ke S1. Kedua-dua L1 dan L2 akan menyala bila S1 dipetik.
Sambungan yang ini nampak mudah dalam diagram tetapi bila melibatkan wiring di atas siling, memang agak rumit sebab banyak wayar yang digunakan. Untuk sambungan ini, suis dua hala digunakan. Kebiasaanya gaya sambungan ini digunakan di tangga. Satu suis di bawah dan satu suis di atas. Bila suis S1 dipetik, lampu L1 akan menyala dan apabila suis S1 ataupun S2 dipetik L1 akan terpadam. Jadi tak perlu turun tangga untuk tutup lampu.
Agak berserabut kepala nak buat wiring lebih-lebih lagi bila buat sorang-sorang. Kena naik turun tangga. Di tingkat bawah juga ada lampu dan kipas jadi memang berselirat dengan wayar. Bila banyak-banyak wayar macam ini, amat penting ada pelbagai warna wayar untuk kena wayar hidup. Kalau semua pakai merah, memang kena trial and error. Tetapi sebab aku nak save budget, aku akan tanda dengan wayar tape jer, lagi jimat.Kalau dah janji kenalah ditunaikan. Dalam posting sebelum ini aku pernah kata yang aku akan kongsikan berkenaan konsep looping pendawaian elektrik. Bahagian ini penting untuk korang ketahui agar tiada masalah bebanan elektrik pada satu-satu MCB.
Transformasi Rumah: Konsep Looping Pendawaian Elektrik
Miniature Circuit Breaker. Yang kecik kurus tinggi tersusun rapat. Suis lampu, kipas, aircond dan sebagainya akan disambungkan ke MCB. Nak explain detail aku tak pandai. Lagipun kalau teknikal sangat nanti...kau dengan aku-aku sekali pening.

An Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) is a safety device used in electrical installations with high earth impedance to prevent shock. It detects small stray voltages on the metal enclosures of electrical equipment, and interrupts the circuit if a dangerous voltage is detected. Once widely used, more recent installations instead use residual current circuit breakers which instead detect leakage current directly.
Ringkasnya, ELCB adalah satu alat untuk mengelakkan renjatan elektrik sekiranya berlaku kebocoran arus elektrik yang disebabkan oleh kabel elektrik tersentuh sesama sendiri. Bagaimana boleh tersentuh sesama sendiri? Adakalanya kabel tidak diikat dengan kemas atau mungkin penebat kabel elektrik mencair.
Jual Arbit Smart Home Zigbee Wall Switch 2 Gang Without Neutral Line Tuya Terbaru Di Seller X.bog
Kebiasaannya 1 MCB digunakan untuk satu aircond sahaja. Tidak dikongsikan denganMCByang digunakan untuk lampu dan kipas. Lampu pula dibahagi-bahagikan sama rata. Contohnya, 6 lampu untuk 1MCBdimana 3 lampu di tingkat atas dan 3 lampu di tingkat bawah. Ini untuk memastikan masih terdapat lampu lain yang masih boleh digunakan di tingkat lain sekiranya 1MCBtelah rosak. Kalau 6 lampu di tingkat bawah dipasang pada 1MCB, akan menyebabkan ruang bawah gelap-gelita tanpa ada satu lampu pun yang boleh dihidupkan.
Apa yang penting di sini ialah kemahiran dan kerajinan seseorang wireman. Ada wireman yang tak mahir, main hentam aje cara pengagihan bekalan elektrik. Ada jugak dah keliru sebab masa tarik kabel elektrik, kontraktor lain dan bila tiba pasangMCBpanggil dia pula. Dah dia jadi kambing hitam pulak.

Ada juga wireman yang mahir tapi malas. Malas nak fikir, dia main lanyak aje asalkan bila pasang lampu, lampu menyala, bila pasang kipas, kipas berpusing (kalau kipas menyala, baik korang cepat pindah dari rumah tu).
Diy: Cara Check Kerosakan Elektrik Di Rumah
Konsep Looping Pendawaian Elektrik Jika korang dapat wiremen yang jujur dalam erti kata dia buat sepertimana dijanjikan dan pada kos yang munasabah. Ada wireman janji akan kurangkan looping dan buka harga rendah. Tapi hakikatnya dia bantai banyak looping, memangla boleh bagi harga murah. Dia dapat curi harga kos memandangkan kurang penggunaan kabel dalam pendawaian yang dia lakukan.
Jika tidak banyak looping, wiremen terpaksa gunakan wayar yang banyak. Segulung wayar bersaiz 1.5mm sepanjang 100m berharga sekitar RM30, manakala wayar bersaiz 2.5mm sepanjang 100m pula berharga sekitar RM50. Ada yang ada cop SIRIM dan ada yang tiada. Sudah tentu yang tiada cop SIRIM lebih murah. Wireman juga dapat curi harga kos pada jenis kabel elektrik yang digunakan.
Dalam gambarajah di atas, kesemua 4 buah lampu, peti sejuk dan penghawa dingin mudah alih diloopkan bersama. Ini merupakan kaedah yang tidak betul dan wajar dielakkan. Perhatikan hanya 3 kabel sahaja yang pergi ke kotak suis utama (distribution box - DB).
Tips Pemasangan Penyaman Udara Yang Anda Perlu Tahu
Keburukan :MCBmenanggung beban yang tinggijika wayar neutral yang pergi ke DB bermasalah, kesemua 4 lampu, peti sejuk dan penghawa dingin tidak dapat digunakan.
Manakala dalam gambar di atas pula, terdapat 9 kabel yang disambungkan ke DB. Ada 3MCByang akan gunakan iaitu 1 untuk lampu, 1 untuk perti sejuk dan 1 untuk penghawa dingin.
Kaedah ini adalah terbaik dengan tidak mencampurkan peti sejuk dengan penghawa dingin. Sekiranya berlaku masalah pada kabel neutral peti sejuk yang masuk ke DB, lain-lain peralatan masih boleh digunakan.
Bahaya Renjatan Elektrik Akibat Pemanas Air, Jurutera Kongsi Spesifikasi Pendawaian Selamat!
Hobi membela ikan kolam makin diminati oleh orang ramai khususnya bagi mereka yang tinggal di rumah teres mahupun banglo. Jika tinggal di ap...

Tiada ulasan